Saturday, February 19, 2011

From Ipoh Highway to East-West Highway


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Entri kali ni saya ingin kongsikan pengalaman menyusuri lebuhraya Ipoh hingga ke Jeli, Kelantan. Kalau tak nak mengalami kesesakan yang melampau balik ke kampung suami di Kelantan, saya akan menggunakan Lebuhraya Ipoh - Timur Barat. Lebuhraya ini menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan. Ianya sepanjang 123 kilometer dan pilihan alternatif ke Pantai Timur selain menggunakan Lebuhraya Pantai Timur, Karak, Gua Musang atau Lojing. Jika melalui lebuhraya ini, anda akan terpesona dengan pemandangan indah sepanjang jalan. Antara yang menarik ialah lanskap semulajadi gua batu kapur, gunung-ganang, bukit-bukau dan perkampungan tradisionalnya. Contohnya, kita akan melalui Tasik Banding, Hutan Belum, Empangan Temenggor dan pemandangan indah dari banjaran ini yang membolehkan kita melihat sempadan Malaysia -Thailand. Kita juga akan dapat melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah SWT.


Sebelah sana tu ialah Thailand

Untuk pengetahuan, kalau menggunakan jalan ini, kita sebenarnya melalui dan merentasi Banjaran Titiwangsa, iaitu banjaran terpanjang di Malaysia. Lebuhraya ini dibuka pada 1 Julai 1982. Dengan adanya lebuhraya ini, kita dapat memendekkan perjalanan ke Pantai Timur. Kalau kita melalui lebuhraya ini pada waktu malam, perlulah berhati-hati. Kerana gajah-gajah liar akan bebas menggunakan lebuhraya ini untuk melintas dari dalam hutan ke tasik berhampiran. Pengalaman saya, ketika melalui jalan ini, kami terserempak dengan kawanan gajah yang sedang berehat ditengah-tengah jalan. Maka, kami terpaksalah menunggu hingga gajah-gajah ini bangun dan beredar..emm takut tau!!



Sumber : Wikipedia dan Pengalaman Faradean

Monday, February 7, 2011

Gunung Kinabalu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Keindahan Gunung Kinabalu memang memikat mata memandang terletak di Taman Negara Kinabalu, Sabah. Ia merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara selepas Puncak Jaya di Kepulauan Papua, Indonesia. Selain itu, Gunung Kinabalu merupakan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tingginya 4,095 meter dari aras laut.


Di Taman Negara Kinabalu, anda boleh melihat kepelbagaian flora dan fauna yang unik dan memang menakjubkan. Di sini terdapat lebih 4500 spesis tumbuhan, 326 spesis burung dan lebih 100 jenis mamalia. Antara yang paling menarik di sini ialah bunga Rafflesia yang bersaiz besar dan juga orangutan.


Gunung Kinabalu amat popular dikalangan pendaki gunung tempatan dan luar negara. Ini kerana gunung ini agak mudah didaki tertutamanya kepada pendaki amatur. Cuma anda perlulah menjalani latihan kecergasan lebih sebulan sebelum pendakian untuk memastikan kita sentiasa cergas.


Di sini juga, terdapat jambatan gantung  yang panjangnya 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok. Memang mengujakan!!  Kalau berkesempatan dan ada rezeki, rasa nak berkunjung lagi ke Sabah. Tapi ingin pula ke Sandakan...Insyaallah..



Sumber : Wikipedia