Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Kalau tiba ke Kota Kinabalu, pasti kita akan ke Tanjung Aru. Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar KK. Tanjung Aru amat terkenal dikalangan pelancong asing dan juga penduduk tempatan. Pemandangan pantainya yang indah menggamit kedatangan para pengunjung di sini. Kalau anda nak tahu, di sinilah tempat paling indah ketika waktu petang. Ini kerana, kita dapat saksikan keindahan ciptaan Allah yang mengatur alam ini dengan begitu indah dan sempurna. Kita boleh menyaksikan matahari terbenam. Dan jangan ketinggalan untuk memotretkan saat-saat indah ini.
Selain pemandangan yang indah dan menarik, anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati air kelapa muda yang segar. Di sini juga terdapat gerai-gerai makanan dan minuman yang dibuka sehingga lewat malam. Antara sajian yang bisa membuka selera anda ialah makanan laut, sate, jagung bakar dan kacang bakar dan juga makanan menu tempatan.
Di sini juga terletaknya Shangri-la's Tanjung Aru Resort, Kelab Golf Kinabalu dan juga Kinabalu Yacht Club.