Saturday, February 19, 2011

From Ipoh Highway to East-West Highway


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Entri kali ni saya ingin kongsikan pengalaman menyusuri lebuhraya Ipoh hingga ke Jeli, Kelantan. Kalau tak nak mengalami kesesakan yang melampau balik ke kampung suami di Kelantan, saya akan menggunakan Lebuhraya Ipoh - Timur Barat. Lebuhraya ini menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan. Ianya sepanjang 123 kilometer dan pilihan alternatif ke Pantai Timur selain menggunakan Lebuhraya Pantai Timur, Karak, Gua Musang atau Lojing. Jika melalui lebuhraya ini, anda akan terpesona dengan pemandangan indah sepanjang jalan. Antara yang menarik ialah lanskap semulajadi gua batu kapur, gunung-ganang, bukit-bukau dan perkampungan tradisionalnya. Contohnya, kita akan melalui Tasik Banding, Hutan Belum, Empangan Temenggor dan pemandangan indah dari banjaran ini yang membolehkan kita melihat sempadan Malaysia -Thailand. Kita juga akan dapat melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah SWT.


Sebelah sana tu ialah Thailand

Untuk pengetahuan, kalau menggunakan jalan ini, kita sebenarnya melalui dan merentasi Banjaran Titiwangsa, iaitu banjaran terpanjang di Malaysia. Lebuhraya ini dibuka pada 1 Julai 1982. Dengan adanya lebuhraya ini, kita dapat memendekkan perjalanan ke Pantai Timur. Kalau kita melalui lebuhraya ini pada waktu malam, perlulah berhati-hati. Kerana gajah-gajah liar akan bebas menggunakan lebuhraya ini untuk melintas dari dalam hutan ke tasik berhampiran. Pengalaman saya, ketika melalui jalan ini, kami terserempak dengan kawanan gajah yang sedang berehat ditengah-tengah jalan. Maka, kami terpaksalah menunggu hingga gajah-gajah ini bangun dan beredar..emm takut tau!!



Sumber : Wikipedia dan Pengalaman Faradean

Monday, February 7, 2011

Gunung Kinabalu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Keindahan Gunung Kinabalu memang memikat mata memandang terletak di Taman Negara Kinabalu, Sabah. Ia merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara selepas Puncak Jaya di Kepulauan Papua, Indonesia. Selain itu, Gunung Kinabalu merupakan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tingginya 4,095 meter dari aras laut.


Di Taman Negara Kinabalu, anda boleh melihat kepelbagaian flora dan fauna yang unik dan memang menakjubkan. Di sini terdapat lebih 4500 spesis tumbuhan, 326 spesis burung dan lebih 100 jenis mamalia. Antara yang paling menarik di sini ialah bunga Rafflesia yang bersaiz besar dan juga orangutan.


Gunung Kinabalu amat popular dikalangan pendaki gunung tempatan dan luar negara. Ini kerana gunung ini agak mudah didaki tertutamanya kepada pendaki amatur. Cuma anda perlulah menjalani latihan kecergasan lebih sebulan sebelum pendakian untuk memastikan kita sentiasa cergas.


Di sini juga, terdapat jambatan gantung  yang panjangnya 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok. Memang mengujakan!!  Kalau berkesempatan dan ada rezeki, rasa nak berkunjung lagi ke Sabah. Tapi ingin pula ke Sandakan...Insyaallah..



Sumber : Wikipedia

Saturday, January 29, 2011

Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau tiba ke Kota Kinabalu, pasti kita akan ke Tanjung Aru. Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar KK. Tanjung Aru amat terkenal dikalangan pelancong asing dan juga penduduk tempatan. Pemandangan pantainya yang indah menggamit kedatangan para pengunjung di sini. Kalau anda nak tahu, di sinilah tempat paling indah ketika waktu petang. Ini kerana, kita dapat saksikan keindahan ciptaan Allah yang mengatur alam ini dengan begitu indah dan sempurna. Kita boleh menyaksikan matahari terbenam. Dan jangan ketinggalan untuk memotretkan saat-saat indah ini.






Selain pemandangan yang indah dan menarik, anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati air kelapa muda yang segar. Di sini juga terdapat gerai-gerai makanan dan minuman yang dibuka sehingga lewat malam. Antara sajian yang bisa membuka selera anda ialah makanan laut, sate, jagung bakar dan kacang bakar dan juga makanan menu tempatan. 













Di sini juga terletaknya Shangri-la's Tanjung Aru Resort, Kelab Golf Kinabalu dan juga  Kinabalu Yacht Club.








Saturday, January 15, 2011

Pulau Sapi, Sabah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 

Rasa rindu nak pergi ke Pulau Sapi lagi. Sebab kat sini pemandangannya sungguh cantik. Pulaunya pun tak lah jauh sangat. Rasanya 20 minit perjalanan dari Jeti Jesellton, Kota Kinabalu. Kalau nak tahu, Pulau Sapi terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Luasnya kira-kira 25 hektar dan pulaunya amat cantik dan popular dikalangan pelancong yang suka menjalankan aktiviti snorkeling dan scuba diving. 


Setiap hari Pulau ini akan menerima tetamunya seawal pukul 10 pagi hingga 4 petang. Pada waktu ini, pulau ini menjadi agak sibuk dengan kunjungan ramai pelancong asing dan juga tempatan. Tetapi, pada waktu malam, ianya merupakan pulau yang amat damai dan sesuai untuk menikmati keindahan malam di tepi pantai yang indah.  Pelbagai kemudahan disediakan di sini. Antaranya terdapat jeti utama iaitu pintu masuk ke pulau ini. Selain itu, kemudahan berpiknik, tempat barbeque, meja untuk makan, tandas, bilik mandi dan kedai aneka. Jika anda ingin berkhemah di sini perlulah mendapat kebenaran dahulu dari Warden Taman Negara. Hutan-hutan disekelilingnya juga cantik dan menarik dimana menjadi habitat semulajadi flora dan fauna. 


Pantainya bersih, airnya memang jernih. Dan ikan-ikannya juga friendly..kalau anda tak pandai berenang, dan ingin sangat nak bersnorkeling, jangan risau..anda boleh pakai life jacket. Rugi tau kalau tak snorkeling! Saya jatuh cinta dengan keindahan pulau ni..dan harapan saya agar satu hari saya akan singgah lagi ke sini dan pergi ke pulau-pulau lain di taman negara ini.


Tuesday, January 4, 2011

Universiti Teknologi Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

UTM merupakan satu-satunya tempat yang saya akan kunjungi setiap tahun. Kalau tak pergi terasa kurang je..hihi. Sebab kat sini banyak menyimpan banyak memori indah, suka duka saya sebagai seorang remaja yang merantau. Iyalah..saya tak de saudara mara pun kat area2 Johor ni. Oh lupa..UTM terletak di Skudai, Johor Bahru.


Universiti Teknologi Malaysia (UTM), merupakan antara IPTA yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Ia merupakan institusi pengajian yang menawarkan jurusan kejuruteraan dan teknologi. Mottonya bagi saya sangat istimewa iaitu 'Kerana Tuhan Untuk Manusia' - ada maksud yang tersirat dan dalam maksudnya. Emm..saya memang bertuah dapat menghabiskan masa saya selama 4 tahun di sana. Alhamdulillah...syukur...







Untuk maklumat lanjut singgahlah kat sini http://www.utm.my/

Friday, December 31, 2010

Seronoknya Bercuti di Melaka

Salam sejahtera...

Melaka merupakan salah satu tempat percutian yang menarik di Malaysia.Terletak di bahagian selatan Malaysia, ianya merupakan Tempat Bersejarah atau Historic State in Malaysia. Ia juga terkenal dengan sejarahnya yang unik dan mempunyai pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan damai dan harmoni. Untuk mengetahui lebih dekat lagi mengenai Melaka..lawatilah http://www.melaka.gov.my.


Ini merupakan pengalaman saya bercuti di Shah Beach Resort, Tanjung Kling, Melaka. Di sini terdapat 50 buah chalet yang bercirikan rumah kayu tradisional. Ia terletak berhadapan Selat Melaka dan kira-kira 9km dari Bandar Melaka. Setiap chalet dibina dengan anjung di mana kita boleh menikmati suasana pantai yang indah dan permai. Ala-ala kampung... 



Pelbagai kemudahan disediakan di sini. Antaranya taman tropikal, padang yang luas sesuai untuk permainan bola tampar dan telematch, restoran, juice bar, perpustakaan, kolam renang, dan capaian Internet.  Pemandangannya sangat cantik dan indah. Terutamanya pada waktu petang ketika matahaari terbenam. Sesuai untuk pasangan yang sedang berbulan madu dan keluarga. amenities.