Saturday, January 29, 2011

Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau tiba ke Kota Kinabalu, pasti kita akan ke Tanjung Aru. Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar KK. Tanjung Aru amat terkenal dikalangan pelancong asing dan juga penduduk tempatan. Pemandangan pantainya yang indah menggamit kedatangan para pengunjung di sini. Kalau anda nak tahu, di sinilah tempat paling indah ketika waktu petang. Ini kerana, kita dapat saksikan keindahan ciptaan Allah yang mengatur alam ini dengan begitu indah dan sempurna. Kita boleh menyaksikan matahari terbenam. Dan jangan ketinggalan untuk memotretkan saat-saat indah ini.






Selain pemandangan yang indah dan menarik, anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati air kelapa muda yang segar. Di sini juga terdapat gerai-gerai makanan dan minuman yang dibuka sehingga lewat malam. Antara sajian yang bisa membuka selera anda ialah makanan laut, sate, jagung bakar dan kacang bakar dan juga makanan menu tempatan. 













Di sini juga terletaknya Shangri-la's Tanjung Aru Resort, Kelab Golf Kinabalu dan juga  Kinabalu Yacht Club.








Saturday, January 15, 2011

Pulau Sapi, Sabah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 

Rasa rindu nak pergi ke Pulau Sapi lagi. Sebab kat sini pemandangannya sungguh cantik. Pulaunya pun tak lah jauh sangat. Rasanya 20 minit perjalanan dari Jeti Jesellton, Kota Kinabalu. Kalau nak tahu, Pulau Sapi terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Luasnya kira-kira 25 hektar dan pulaunya amat cantik dan popular dikalangan pelancong yang suka menjalankan aktiviti snorkeling dan scuba diving. 


Setiap hari Pulau ini akan menerima tetamunya seawal pukul 10 pagi hingga 4 petang. Pada waktu ini, pulau ini menjadi agak sibuk dengan kunjungan ramai pelancong asing dan juga tempatan. Tetapi, pada waktu malam, ianya merupakan pulau yang amat damai dan sesuai untuk menikmati keindahan malam di tepi pantai yang indah.  Pelbagai kemudahan disediakan di sini. Antaranya terdapat jeti utama iaitu pintu masuk ke pulau ini. Selain itu, kemudahan berpiknik, tempat barbeque, meja untuk makan, tandas, bilik mandi dan kedai aneka. Jika anda ingin berkhemah di sini perlulah mendapat kebenaran dahulu dari Warden Taman Negara. Hutan-hutan disekelilingnya juga cantik dan menarik dimana menjadi habitat semulajadi flora dan fauna. 


Pantainya bersih, airnya memang jernih. Dan ikan-ikannya juga friendly..kalau anda tak pandai berenang, dan ingin sangat nak bersnorkeling, jangan risau..anda boleh pakai life jacket. Rugi tau kalau tak snorkeling! Saya jatuh cinta dengan keindahan pulau ni..dan harapan saya agar satu hari saya akan singgah lagi ke sini dan pergi ke pulau-pulau lain di taman negara ini.


Tuesday, January 4, 2011

Universiti Teknologi Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

UTM merupakan satu-satunya tempat yang saya akan kunjungi setiap tahun. Kalau tak pergi terasa kurang je..hihi. Sebab kat sini banyak menyimpan banyak memori indah, suka duka saya sebagai seorang remaja yang merantau. Iyalah..saya tak de saudara mara pun kat area2 Johor ni. Oh lupa..UTM terletak di Skudai, Johor Bahru.


Universiti Teknologi Malaysia (UTM), merupakan antara IPTA yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Ia merupakan institusi pengajian yang menawarkan jurusan kejuruteraan dan teknologi. Mottonya bagi saya sangat istimewa iaitu 'Kerana Tuhan Untuk Manusia' - ada maksud yang tersirat dan dalam maksudnya. Emm..saya memang bertuah dapat menghabiskan masa saya selama 4 tahun di sana. Alhamdulillah...syukur...







Untuk maklumat lanjut singgahlah kat sini http://www.utm.my/